Apa itu RPH?
Rancangan Pengajaran Harian: rekod persediaan guru bagi setiap sesi PdP, disediakan sebelum mengajar, dijabarkan daripada RPT dan DSKP.
SelanjutnyaTakwim akademik 2026
Bayar terus dalam sistem dengan DuitNow QR, atau di kaunter Koperasi sekolah.
Satu janaan ialah satu fail RPH yang dimuat turun, sama ada seminggu atau setahun penuh. Pratonton tidak dikira. Kuota sah untuk tahun persekolahan semasa. Set RPH percuma dalam pakej Pro dan Pro Max dipilih di tab Set RPH.
| Subjek | T1 | T2 | T3 | T4 | T5 | KR |
|---|
Bayar dari mana-mana sahaja dengan aplikasi bank anda.
Set RPH ialah kandungan pengajaran bagi satu subjek dan tingkatan, dibeli sekali dan kekal milik anda. Pakej Janaan ialah kuota tahunan untuk menukar kandungan itu menjadi fail RPH yang mengikut jadual waktu, takwim dan cuti anda. Kedua-duanya diperlukan untuk menjana RPH.
Setiap fail RPH yang dimuat turun dari Semak & Jana dikira satu janaan, sama ada fail itu seminggu atau 43 minggu. Pratonton RPH tidak menggunakan kuota. Untuk menjimatkan kuota, jana setahun penuh dalam satu fail.
Tidak. Set yang dibeli kekal dalam akaun anda pada tahun-tahun berikutnya selagi anda menggunakan RPHKu, termasuk kemas kini kandungan. Hanya Pakej Janaan diperbaharui setiap tahun.
Kuota sah untuk tahun persekolahan semasa. Baki yang tidak digunakan tidak dibawa ke tahun berikutnya.
Anda boleh mengimport RPT panitia sendiri di halaman Subjek & RPT dan menjananya dengan Pakej Janaan. Maklumkan juga kepada Koperasi supaya subjek itu dipertimbangkan untuk katalog.
Rancangan Pengajaran Harian: rekod persediaan guru bagi setiap sesi PdP, disediakan sebelum mengajar, dijabarkan daripada RPT dan DSKP.
SelanjutnyaMemastikan PdP terancang dan selari dengan kurikulum, masa digunakan sepenuhnya, dan ada bukti profesional untuk penambahbaikan melalui refleksi.
SelanjutnyaKementerian Pendidikan Malaysia melalui Ketua Pengarah Pendidikan. Pengetua / Guru Besar memantau di peringkat sekolah.
SelanjutnyaSurat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran. Ditegaskan semula pada 2023 dan 2025.
SelanjutnyaBoleh didenda sehingga RM500 (Peraturan 11(2), Kurikulum Kebangsaan 1997) dan dikenakan tindakan tatatertib seperti amaran hingga turun pangkat.
SelanjutnyaLihat set RPH yang tersedia dalam pustaka RPHKu, semak liputan subjek di sekolah anda, atau import RPT panitia sendiri. Setiap baris RPT menjadi satu RPH.
Set RPH sedia digunakan mengikut subjek dan tingkatan
Set yang dimuatkan; setiap slot jadual memilih set ikut subjek dan tingkatan
Untuk subjek yang belum ada dalam pustaka
Bil, Minggu, Tema, Unit, Tajuk, Kemahiran, SK, SP, Objektif, Kriteria, Aktiviti, BBM, EMK, Nilai, KBAT, Pentaksiran. Hanya Tajuk atau SP wajib ada. Lajur Minggu membolehkan RPH diletakkan tepat pada minggu RPT. Baris baharu dalam sel Excel (Alt+Enter) dikekalkan dalam RPH.
Import jadual daripada PDF aSc atau masukkan slot sendiri. Satu slot menghasilkan satu RPH; waktu berkembar cukup dimasukkan sebagai satu slot.
Nama dicetak pada divider; negeri menentukan cuti dan hari persekolahan
Cara paling pantas: muat naik fail jadual daripada sekolah
Klik blok untuk menyunting slot itu
Hari, masa, kelas, subjek dan tingkatan bagi setiap slot
| Hari | Mula | Tamat | Kelas | Subjek | Tingkatan / set | Buang |
|---|
Takwim akademik 2026 dan cuti umum negeri sudah dimasukkan. Pilih julat minggu, kemudian tambah cuti sekolah dan cuti peribadi. RPH yang jatuh pada hari cuti ditolak ke slot berikutnya.
Klik minggu mula, kemudian minggu akhir, atau pilih di bawah
Bagaimana RPH diagihkan ke slot mengajar
Sistem mengira kedudukan RPH setiap kelas dari Minggu 1 mengikut jadual dan cuti. Jika kelas anda lebih cepat atau lambat, isi Bil RPH yang akan diajar pada minggu mula janaan (cth. 62).
Hari Sukan, peperiksaan, program sekolah
Hari anda tiada di sekolah
Sumber: Surat Siaran KPM. Sila semak dengan takwim sekolah anda; tambah sebarang perbezaan sebagai cuti peristiwa.
Tetapkan cetakan di bawah, semak RPH setiap minggu, kemudian muat turun. Setiap RPH boleh dilihat, disunting, diisi refleksi atau dibatalkan.
Ringkasan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan Rancangan Pengajaran Harian. Sila rujuk dokumen asal untuk teks penuh.
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ialah rekod persediaan mengajar yang disediakan oleh guru bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). RPH menterjemah Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) kepada langkah bilik darjah yang konkrit: apa yang murid perlu capai, bagaimana ia diajar dan sejauh mana ia berjaya.
RPH boleh disediakan secara manual atau digital (e-RPH), dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa.
Penyediaan rekod PdP diarahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Surat Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Di sekolah, Pengetua / Guru Besar serta pentadbir yang diberi kuasa memantau dan menyemak rekod ini. Guru perlu bersedia mengemukakan RPH apabila diminta oleh pihak pentadbir atau pegawai yang berkaitan.
Hanya tiga elemen, iaitu objektif, pengajaran dan refleksi, perlu ditulis dalam RPH bagi setiap sesi.Intipati pengumuman Menteri Pendidikan, 15 Mac 2023
1. Kesalahan di bawah peraturan pendidikan. Peraturan 8, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 mewajibkan guru menyimpan dan menyenggara buku rekod mengajar. Bahagian sukatan yang akan diajar pada minggu berikutnya perlu direkod tidak lewat daripada hari akhir persekolahan setiap minggu, dan rekod mesti sedia untuk diperiksa. Mengikut Peraturan 11(2), guru, guru besar atau pengetua yang melanggar peraturan ini boleh didenda tidak melebihi RM500.
2. Tindakan tatatertib sebagai pegawai awam. Kegagalan berulang boleh dianggap melanggar Peraturan 4(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Ini termasuk kurang cekap atau kurang berusaha (e), tidak bertanggungjawab (g), ingkar perintah (i) dan cuai dalam melaksanakan tugas (j).
Hukuman yang boleh dikenakan di bawah Peraturan 38 ialah amaran, denda, lucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat dan buang kerja. Hukuman bergantung pada keseriusan kes, dan hanya dikenakan selepas prosedur tatatertib dan peluang membela diri.
Lazimnya pentadbir sekolah memulakan dengan teguran dan bimbingan. Maklumat ini ringkasan umum dan bukan nasihat undang-undang.
Asas awal penyediaan rekod mengajar, kemudian digantikan oleh SPI Bil. 3/1999.
Menetapkan tatakelakuan pegawai awam termasuk guru, serta jenis hukuman tatatertib.
Peraturan 8: guru wajib menyimpan buku rekod mengajar, direkod sebelum minggu berikutnya dan sedia diperiksa. Peraturan 11(2): denda tidak melebihi RM500.
Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran. Rekod disediakan sebelum PdP, ringkas, dalam apa jua bentuk yang munasabah, dan sedia untuk disemak. Masih menjadi rujukan utama.
Menteri Pendidikan menegaskan RPH perlu mematuhi SPI Bil. 3/1999 dengan hanya tiga elemen: objektif, pengajaran (aktiviti) dan refleksi, bagi mengurangkan beban tugas guru.
Surat Siaran KPM meminta e-RPH dicetak setiap minggu sebagai rekod bertulis.
Ketua Pengarah Pendidikan menarik semula arahan cetak serta-merta. e-RPH kekal digital; guru hanya perlu mengemukakannya apabila diminta.
Pembelajaran (pedagogi) terbeza ialah pendekatan di mana guru secara proaktif menyesuaikan kandungan, kaedah, bahan, aktiviti dan hasil pembelajaran supaya setiap murid dapat belajar mengikut kesediaan, minat dan profil pembelajaran masing-masing. Ia berasaskan kerangka Carol Ann Tomlinson dan selari dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025.
Tomlinson membahagikan perkara yang boleh dibezakan kepada empat elemen:
Kesediaan murid boleh dikenal pasti melalui pentaksiran awal, pemerhatian, soal jawab dan hasil kerja terdahulu.
Model 5E ialah model pengajaran berasaskan inkuiri dan konstruktivisme yang dibangunkan oleh BSCS (Biological Sciences Curriculum Study, Amerika Syarikat) pada akhir 1980-an, dipelopori oleh Rodger Bybee. Ia lanjutan kitaran pembelajaran Atkin dan Karplus (1962). Murid membina sendiri kefahaman melalui lima fasa berturutan:
Kajian (cth. ulasan Lawson 1995 terhadap lebih 50 kajian kitaran pembelajaran) kebanyakannya menunjukkan kesan positif terhadap penguasaan konsep, penaakulan dan sikap murid, walaupun BSCS sendiri menyatakan sebahagian bukti masih awal.
Urus senarai guru yang dibenarkan menggunakan RPHKu dan pantau penggunaan sistem. Guru hanya boleh mendaftar jika ID mereka ada dalam senarai ini.
Guru membayar melalui kod QR dan memuat naik resit. Resit hanya makluman: wajib semak wang masuk dalam akaun bank Koperasi. Setiap tempahan ada jumlah unik bersen (cth. RM115.07) untuk dipadankan dengan penyata bank. Selepas itu tekan Sahkan: set dan kuota janaan guru dibuka secara automatik.
Setiap kali guru menghantar resit, mesej dihantar ke Telegram anda serta-merta. Cara menyediakan (sekali sahaja, kira-kira 3 minit):
/newbot, beri nama (cth. RPHKu Koperasi). BotFather akan memberi token seperti 123456789:AA….Cipta kod untuk ahli Koperasi. Guru memasukkan kod dalam slip tempahan dan diskaun ditolak daripada jumlah (pakej + set). Kod yang sama boleh dikemas kini dengan menyimpan semula.
Subjek paling banyak dijana, janaan ikut bulan dan guru yang belum pernah menjana RPH. Sandaran memuat turun semua data guru, profil, log dan takwim (tanpa pustaka RPH) dalam satu fail JSON.
Tiada guru yang sepadan.
Tandakan guru dalam jadual (atau tekan Akses pada satu baris), pilih set RPH dan had janaan, kemudian tekan Simpan. Satu janaan = satu kali muat turun (satu fail atau satu ZIP). Had dikira untuk sepanjang tahun semasa (1 Januari hingga 31 Disember). RPH Pendidikan Sivik dibuka bersama set Bahasa Melayu tingkatan yang sama.
Biarkan kotak had kosong untuk mengekalkan had sedia ada. Had 0 bermaksud guru belum boleh memuat turun.
Cuti peristiwa, peperiksaan dan program sekolah yang dikongsi oleh semua guru. RPH pada tarikh ini ditangguh ke slot seterusnya secara automatik dan divider mingguan menunjukkan nama peristiwa. Guru tidak boleh mengubah senarai ini; cuti peribadi masih diisi oleh guru sendiri.
Muat naik PDF jadual waktu guru daripada aSc Timetables (satu halaman bagi setiap guru). Sistem membaca jadual setiap guru dan menyimpannya; semasa log masuk, setiap guru ditawarkan jadual masing-masing dengan satu klik. Guru yang belum ada dalam sistem boleh didaftarkan terus daripada senarai ini.
Satu guru satu baris: ID, Nama penuh. ID 3–32 aksara (huruf kecil, nombor, titik atau sengkang, tanpa jarak), contohnya aminah, Pn. Aminah binti Ali. Boleh salin terus dua lajur dari Excel. Nama yang sudah ada akan dikemas kini.
Tunjukkan atau hantar slip ini kepada Koperasi. Selepas bayaran dijelaskan, pentadbir akan membuka set dan kuota dalam akaun anda.
Tiada lagi alasan tak siap RPH